CARI TERBAIK JANGAN PINGGIR YANG BIASA
Kita biasanya akan menonjolkan yang besar. Yang besar dianggap satu kejayaan dan kebanggaan.
Namun, sebenarnya kita lupa, di antara yang besar itu, sebenarnya sudah banyak diperoleh. Jika dikira berat atau kebaikan yang diperoleh melalui yang kecil itu sebenarnya lebih banyak.
Inilah dikatakan kita selalu menghargai yang besar dan hebat, sedangkan ia hanya datang sekali sekala. Kehidupan kita sebenarnya ditemani dengan yang biasa-biasa sahaja.
Kita mendapat kebaikan dan meneruskan kehidupan dengan yang biasa-biasa sahaja. Itulah yang banyak berjasa dan memberi erti kehidupan sebenar kepada kita.
Manusia mudah lupa kepada yang biasa-biasa. Sekali datang yang luar biasa, maka itulah yang disanjung dan diketengahkan.
Sepatutnya, yang besar tidak perlu ditonjolkan kerana memang ia sudah tertonjol. Kalaupun ia diletakkan agar tersembunyi, ia masih dapat dilihat dengan jelas.
Jika yang besar itu ditonjolkan, yang kecil akan terlindung. Tiada siapa dapat melihatnya. Sedangkan yang kecil itulah yang memenuhi dan memberi makna kepada kehidupan ini.
Fikir dan renung-renungkan.
0 Response to "CARI TERBAIK JANGAN PINGGIR YANG BIASA"
Post a Comment