Mengenal Syeikh Syamsuddin as-Sumatrani | Ulama Aceh
Syeikh Syamsuddin as-Sumatrai - Kali ini blog mydiary akan mengulas sedikit tentang syekh Syamsuddin as-Sumatrani yang merupakan salah satu ulama Aceh terkenal terutama dalam kesufiannya. Ulama sufi yang akan kita bicarakan ini adalah murid Syeikh Hamzah al-Fansuri yang sempat menjadi pembesar di kerajaan Aceh. Jika kita bandingkan dengan zaman sekarang kedudukannya adalah sebagai seorang Perdana Menteri.
Tarikh wafatnya ada dicatatkan oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri, iaitu pada malam Isnin, 12 Rejab 1039 H/1630 M.
Awal pendidikannya secara terperinci juga belum diketahui, hanya diperkatakan bahawa beliau adalah murid Syeikh Hamzah al-Fansuri. Ada juga pendapat menyebut bahawa beliau pernah belajar daripada Sunan Bonang, iaitu seorang Wali Allah di tanah Jawa.
Walau pun Syeikh Nuruddin ar-Raniri adalah musuh paling ketat bagi Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i, namun dia tetap mengakui keulamaan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i itu, sebagaimana beliau tulis, "Syahdan pada masa itulah wafat Syeikh Syamsuddin ibnu Abdullah as-Sumatra-i pada malam Isnin 12 Rejab pada tahun 1039 tahun (Hijrah). Adalah Syeikh itu alim pada segala ilmu, dan ialah yang termasyhur pengetahuannya pada tasawuf dan beberapa kitab yang ditaklifkannya".
Aktivitas penulisan pengetahuan keislaman di Aceh memang dimulai oleh Syeikh Hamzah al-Fansuri, yang dilanjutkan oleh Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i sebagai muridnya, memang diakui oleh semua penulis.
Apa saja yang ditulis oleh Syeikh Hamzah al-Fansuri adalah senada dan seirama dengan tulisan-tulisan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i terutama dalam pembahasan mengenai Martabat Tujuh.
Perbahasan pengetahuan sufi yang mendalam oleh kedua-duanya itu sebenarnya tidak pernah ditentang oleh Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Bagaimanapun, kebanyakan penulis yang datang kemudian memutarbelitkan kenyataan sejarah dan kenyataan ilmiah, bahawa mereka mengatakan Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri adalah memihak kepada Syeikh Nuruddin ar-Raniri menghentam Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i.
Dari maklumat ini, khas perbicaraan Martabat Tujuh dimulai dari Syeikh Hamzah al-Fansuri, turun kepada Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i, turun kepada Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri, turun kepada Syeikh Faqih Jalaluddin bin Kamaluddin al-Asyi, dan lain-lain. Kemudian kebelakangan disokong oleh beberapa orang ulama Asia Tenggara lainnya.
Antaranya, Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani di beberapa halaman Siyarus Salikinnya, bahkan beliau mengiktiraf karya-karya Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i, yang beliau kategorikan ke dalam ajaran tasauf peringkat Muntahi (peringkat tinggi).
Ada dua karya Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i yang disebut oleh Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam karya besarnya itu, kedua-dua kitab itu ialah Jawahirul Haqa-iq dan Tanbihut Thullab fi Ma‘rifatil Malikil Wahhab.
Tulisan yang ada persamaan dengan karya Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i mengenai Martabat Tujuh juga dilakukan oleh Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari sangat jelas dalam dua buah karyanya, iaitu Ad-Durrun Nafis dan Majmu’ul Asrar.
Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga tidak membantah tetapi beliau menjelaskan rumus-rumus perkataan sufi yang bercorak syathahiyat itu di dalam karyanya Manhalus Shafi fi Bayani Ramzi Ahlis Shufi dan sebuah lagi karya beliau mengenai tasauf yang tidak sempat beliau beri nama judul.
Tasauf yang tidak berjudul itu sampai sekarang hanya ditemui dua salinan saja, sebuah tersimpan di Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia dan sebuah lagi koleksi peribadi penulis.
Walau pun demikian hebatnya, Syeikh Nuruddin ar-Raniri dalam beberapa buah karangannya memandang sesat, zindiq dan lain-lain terhadap Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i. Namun tidak semua ulama dunia Melayu sepakat dengan pandangan Syeikh Nuruddin ar-Raniri itu.
Selain ulama-ulama yang tersebut di atas dengan karakternya yang tersendiri, ada lagi ulama yang berasal dari Aceh yang bersifat berdiri sama tengah dalam memberikan penilaian dan pandangan. Beliau ialah Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Aceh, seperti beliau jelaskan dalam karyanya Bidayatul Hidayah.
Katanya, "adapun pada berlajar Martabat Tujuh itu tiada wajib menuntut dia. Lagi pula tiada ada ahlinya pada masa ini. Maka sayugianya ditinggalkan kerana tiada kita ketahui akan ertinya, dan terkadang menyalahi akan syarak, maka jadi membawa membinasakan. Kerana beberapa kitab orang yang dahulu-dahulu ditinggalkan kerana tiada ada ahlinya pada mengajarkan dia dan menguraikan maknanya di dalam tanah Arab, seperti Mekah dan Madinah, dan lain daripada kedua-duanya. Sebab ilmu itu sudah mati".
Perkataan Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin itu dijelaskan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani pada taqrir di bahagian kitab Bidayatul Hidayah itu, kata Syeikh Ahmad al-Fathani, “Martabat Tujuh, yakni dibicara akan dia itu haram, kerana tiada ada guru yang boleh menghuraikan maksudnya.
Maka setengah orang Jawi mendakwa akan dirinya sampai kepada Allah s.w.t dan mengajar ia akan Martabat Tujuh. Serta menyeru ia kepada manusia suruh mengaji Martabat Tujuh, maka iaitu dhaalun mudhillun. Dan pada hal anak murid itu tiada mengetahui akan barang yang wajib atasnya daripada furudhul ain.
Sebagai bukti yang cukup kuat bahawa Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i adalah sebagai penyambung aktiviti dan bertanggung jawab menyebarkan ajaran gurunya Syeikh Hamzah al-Fansuri sangat nyata pada karya yang bercorak syarah. Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i telah mengulas atau menjelaskan karya Syeikh Hamzah al-Fansuri berjudul Ruba’i Syeikh Hamzah al-Fansuri. Kita telah mengenali karya penting itu melalui transliterasi yang dilakukan oleh A. Hasymi, lengkap dengan manuskrip Melayu/Jawinya, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1976.
Sebagaimana Syeikh Hamzah al-Fansuri berpengaruh kepada Sultan Iskandar Muda demikian juga halnya dengan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i. Sebarang urusan istana Sultan Iskandar Muda sentiasa menyuruh orang memanggil Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i itu.
Demikian besar pengaruh Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i terlukis dalam Hikayat Aceh, “Hatta maka tatkala sampailah umur Sultan Husein Syah itu kepada 10 tahun, maka titah Raja Iskandar Muda kepada Mahkota Dailamcai, “Panggil olehmu akan daku Syeikh Syamsuddin, dan kadhi, dan Malikul Adil, dan Perdana Menteri, dan segala hulubalang!”.
Maka Makota Dailamcai khidmatnya serta menyembah, maka ia pun pergi, hingga sampailah ia, lalu dijunjungkannya sabda yang maha mulia itu. Maka sekalian mereka pun datanglah mengadap. Maka sabda Raja Iskandar Muda kepada Syeikh Syamsuddin dan kepada sekelian mereka itu, "Ketahuilah oleh kamu sekalian bahawa anakku Sultan Husein Syah ini, ku namai Sultan Maghal, jikalau datang masya-Allah akan daku bahawa anakku Sultan Maghallah akan gantiku kerajaan".
Penyambung aktiviti Syeikh Hamzah Al-Fansuri
Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i selain terkenal dengan tambahan di hujung nama oleh para penulis barat dan tempatan dengan ‘Sumatrani’, juga dikatakan beliau berasal dari Pasai. Tarikh dan tempat kelahirannya belum diketahui dengan pasti.Tarikh wafatnya ada dicatatkan oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri, iaitu pada malam Isnin, 12 Rejab 1039 H/1630 M.

Syeikh Syamsuddin as-Sumatrani
Beberapa kitab karangan Syekh Samsuddin Sumatra-i.- - Jawahirul Haqaiq
- - Risalatul Baiyin Mulahazatil Muwahhidin ‘alal Muhtadi fi Zikrillah
- - Kitabul Khirqah
- - Nurud Daqaiq
- - Mir-atul Iman
- - Mir-atul Mu’minin
- - Syarah Mir-atil Qulub
- - Mir-atul Haqiqah
- - Mir-atul Muhqqiqin
- - Risalah Jawami’il ‘Amal
- - Anwarud Daqaiq fi Kasyfi Asrarir Raqaiq
- - Da-iratul Wujud
- - Risalah Kasyfi Asraril Wujud
- - Bayanul Qulub
- - Risalah Pada Menyatakan A‘yan Tsabitah
- - Risalah Mitsalil Wujud
- - Risalah Pada Menyatakan Kelebihan Insan Daripada Sekalian Alam Yang Lain.
- - Kasyfu Sirrir Rububiyah fi Kamalil ‘Ubudiyah
- - Risalah Masa-il ‘llmil Haqiqah
- - Haqiqah as-Shufi
- - Haqqul Yaqin fi ‘Aqidatil Muhaqqiqin fi Zikri As-raris Shufiyinal Muhaqqiqin
- - Syarah Ruba’i Syeikh Hamzah al-Fansuri
- - Taukidul ‘Uqud
0 Response to "Mengenal Syeikh Syamsuddin as-Sumatrani | Ulama Aceh"
Post a Comment