AIR TERJUN LATA BIJIH
Di Jajahan Tanah Merah ini, terdapat dua jeram yang dikenali umum iaitu Hutan Lipur Lata Hujan yang letaknya dalam di Kampung Gual Ipoh.
Satu lagi ialah Air Terjun dan Rekreasi Lata Bijih di Kampung Lawang.
Pengunjung yang ingin ke Air Terjun dan Rekreasi Lata Bijih perlu memasuki simpang tiga di Kampung Batu Gajah dan seterusnya ke Kampung Lawang sehingga tiba di kawasan jeram tersebut.
Amat tidak jelas, kenapa dinamakan Lata Bijih, adakah disebabkan kawasan berkenaan pada masa dulu sebuah tempat perlombongan logam atau sebagainya tidaklah dipastikan.
Aliran air di jeram ini agak sederhana, namun terdapat kolam mandi di bahagian bawah air terjun berkenaan.
Bagi golongan muda mudi, mereka gemarkan menadah diri di kawasan jeram di sebelah atas termasuk air terjun itu.
Namun, bagi golongan yang telah berkeluarga, memadailah mereka mandi manda dan menyelam di kawasan bawah jeram tersebut.
Di antara kemudahan yang disediakan di Air Terjun dan Rekreasi Lata Bijih ini seperti wakaf rehat, kerusi rehat, surau, tempat parkir kenderaan, air pancur, kolam mandi untuk kanak-kanak dan ruang gelongsor hingga ke dalam air serta warung makanan.
0 Response to "AIR TERJUN LATA BIJIH"
Post a Comment