KERABU BUNGA BETIK


Pernah makan kerabu bunga betik? Bagi yang tidak pernah merasa pasti tertanya-tanya tak pahitkah kalau bunga betik di buat kerabu?

Sebenarnya bunga betik ni rasanya pahit-pahit lemak tapi bagi yang ingin menghilangkan rasa pahit bolehlah memasukkan beberapa keping asam gelugur ketika merebusnya.

Selain daripada pembuka selera khasiat bunga betik itu sendiri baik untuk kesihatan dan salah satunya adalah sebagai penawar darah tinggi dan diabetis.

Ada yang berkata, rugilah ambil bunga betik untuk buat kerabu. Baik biarkan membesar menjadi buah. Lagi untung.

Oh.. lupa hendak beritahu awal-awal. Bunga betik yang dimaksudkan ialah bunga betik jantan. Bunga betik jantan biasanya tidak menghasilkan buah. Kalau adapun buah yang kecil dan tidak sesuai dimakan.

Bunga betik jantan memang banyak. Jadi, daripada dibiarkan gugur begitu sahaja, elok diambil dibuat kerabu.

Resispi macam mana? Buatlah ikut cita rasa masing-masing. Yang penting sedap.

Kalau tidak mahu buat kerabu, bunga betik juga boleh dibuat sayur atau ulam. Rasanya pahit-pahit lemak. Sebenarnya tidaklah pahit sangat. Kalau nak tahu boleh cuba sendiri.

0 Response to "KERABU BUNGA BETIK"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel