KHASIAT BUAH JERING MAMPU MELAWAN KANSER


Kalau anda memiliki pokok jering, jagalah dan bajai elok-elok agar terus subur dan mengeluarkan hasil. Atau jika ada tanah kosong, tanamlah pokok jering.

Mengapa perlu utamakan pokok jering? Ya...mungkin buah jering hanya ulaman orang-orang kampung. Orang bandar yang hidup mewah kaya raya tidak pandang pun buah jering. Ia juga adalah ulam ulaman untuk orang tua-tua, yang mana orang muda tidak suka makan jering.

Namun, buah jering sekarang ini semakin mendapat sambutan. Jering atau nama botaninya, archidendron jiringa dikenalpasti oleh penyelidik kaya dengan khasiat dan fungsi, terutama untuk merawat kancer.

Jering termasuk dalam famili Fabaceae yang berasal dari Malaysia dan Thailand. Pokok jering biasanya tumbuh meliar di dalam hutan dengan ketinggian sehingga 20 meter. Pokok jering tumbuh merendang dengan cabang-cabangnya yang banyak.

Buah jering dimakan sebagai ulam mengandungi 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat, kalsium, fosforus, besi, dan vitamin A, B, dan C. Ia juga mengandungi sejenis sebatian alkoloid yang boleh memberi rangsangan membuang air besar.

Jering boleh menjadi penawar yang berkesan untuk pesakit diabetis kerana kandungan sebatian alkoloid mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan. Akar pokok jering yang dikeringkan kemudian direbus dan diminum air rebusan tersebut dipercayai dapat merawat diabetis. 

Tetapi biji jering juga mengandungi bahan toksid yang dikenali sebagai asid jenkolik. Sekiranya kita memakan terlalu banyak, ia akan memudaratkan kesihatan. Asid jenkolik yang banyak terkumpul dalam badan akan membentuk hablur dalam ginjal dan akhirnya akan menyebabkan pundi kencing tersumbat.

Selain buahnya yang dimakan sebagai ulam, pucuk muda pokok jering juga boleh dijadikan ulaman. Buah jering boleh dimakan segar sebagai ulam, dijeruk, dijadikan jering relung dan direbus.

Jering relung dihasilkan dengan kaedah menanam biji jering matang atau agak tua di dalam pasir sehingga tunasnya mula bercambah. Setelah tunasnya bercambah, biji jering boleh digali dan dibersihkan untuk dimakan sebagai ulam.

Proses membuat jering relung ini adalah untuk mengurangkan bau dan melembutkan tekstur isi buah jering. Jering relung boleh dibiarkan berada di dalam pasir sehingga anak pokok jering mula tumbuh.

Mengamalkan memakan jering memang mendatangkan banyak kebaikan dari segi kesihatan, tetapi yang paling menarik ialah kesan yang dihasilkan pada kanser dan tumor.

Buah jering mampu berfungsi melawan sel kanser. Sebuah organisasi telah melakukan lebih 20 ujian makmal yang dilakukan sejak tahun 1970, terungkap bahawa buah jering mampu menghancurkan sel kanser seperti kanser usus, kanser payudara, prostat, paru-paru dan pankreas. Menariknya, buah jering hanya menghancurkan sel-sel jahat dan tidak tidak mengganggu sel-sel sihat.

Amalkan makan jering untuk kesihatan.

0 Response to "KHASIAT BUAH JERING MAMPU MELAWAN KANSER"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel