IKAN LIKOR NAMA SEBENAR LEE KOH?


Ternampak gambar ikan di FB yang dikatakan namanya ikan likor (gambar bawah). Cubalah membuat carian di Google mengenai ikan likor. Hanya satu entri yang ada perkataan 'ikan likor' tanpa terdapat maklumat mengenainya.

Perkataan yang banyak ditemui melalui carian Google ialah ikan lee koh (gambar atas). Dalam Wikipedia ada maklumat, Ikan lee koh atau nama saintifiknya Cyprinus carpio merupakan sejenis ikan yang terdapat di Malaysia. Lee koh adalah ikan jenis kap.

Dalam komen di FB ada pembaca mengatakan ikan likor (ikan liko) adalah sepesis yang sama dengan lee koh. Bezanya hanya pada dialek atau sebutan mengikut tempat berbeza yang pastinya membezakan ejaannya.

Ikan likor (berdasarkan catatan di FB yang gambarnya di bawah) diambil di Tapah, Perak. Mungkin perkataan atau nama 'ikan likor' digunakan orang Tapah atau Perak. Berdasarkan catatan itu, ikan likor itu hasil menjala. Tidak ada bau hanyir langsung.

0 Response to "IKAN LIKOR NAMA SEBENAR LEE KOH?"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel