PUCUK PAKU MERAH

Dinamakan pucuk paku merah kerana warna pucuk muda berwarna merah. Pokok pucuk paku merah juga dikenali pucuk niding dan di tempat lain pula ada menyebutnya midin. Pucuk paku merah tumbuh liar di tanah dataran rendah dalam hutan sekunder dan tempat terbuka seperti tepi jalan.

Pokok niding juga antara tanaman semusim rizomatous dan epiphytic dengan akarnya mencengkam di tanah yang biasa didapati di kawasan paya gambut dan air tawar serta hutan belukar.

Pucuk paku merah yang lembut, berdaun atau tanpa daun terbuka digunakan sebagai sayur atau ulam. Pastikan ambil yang muda dan berwarna merah. Kalau daun berwarna hijau sudah keras dan tidak boleh dimakan. Di bawah daun tua ada spora yang menjadi benih untuk pembiakan.

Macam-macam jenis sayur boleh menggunakan pucuk niding. Masak lemak cili padi paling popular. Kalau di Kelantan, masak lemak dicampur dengan ubi keledek paling banyak dijadikan menu pilihan. Ada juga orang gunakan pucuk niding untuk ulam bubur lambuk. .

Biarpun pucuk niding tumbuh liar, pengambilannya sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat. Antara khasiat dalam pucuk niding ialah zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) dan yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam.

Selain itu, pucuk midin  ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit.

Penduduk di kampung perlu ambil peluang sumber semulajadi yang percuma itu. Jangan biarkan pucuk niding muda yang masih berwarna merah bertukar menjadi hijau. Bagi yang tidak berkesempatan mencari yang percuma, pucuk niding boleh dibeli di pasar tani.

0 Response to "PUCUK PAKU MERAH "

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel