KEGUNAAN TEMPURUNG KELAPA


Tempurung kelapa adalah bahagian keras antara sabut dengan isi. Berapa besar tempurung kelapa akan menentukan besar isi kelapa. Jadi, jika tempurung kelapa besar, maka besarlah isi yang ada di dalamnya.

Pada masa dahulu, tempurung kelapa digunakan untuk pelbagai fungsi. Paling asas, tempurung kelapa digunakan sebagai bahan bakar.

Tumpurung kelapa mudah menyala dan tahan lama. Ia biasa digunakan untuk menghidupkan api untuk tujuan memasak. Tempurung kelapa guna digunakan untuk memanas penggosok baju antik zaman dahulu.

Tempurung kelapa yang dibelah dua akan dikenali dengan dua nama iaitu jantan dan betina. Tempurung jantan adalah bahagian 'bawah' dan tempurung betina pula adalah bahagian atas. Tempurung jantan ada 'pantat' yang tidak berlubang. Sedangkan tumpurung betina pula yang ada lubang.

Jadi, bahagian tempurung jantan lebih banyak kegunaan, terutama untuk tujuan untuk mengisi sesuatu kerana ia tidak bocor atau tiris. Tambahan pula, bahagian tempurung jantan lebih tahan.

Di kalangan orang miskin, tumpurung kelapa digunakan sebagai ganti pinggan dan gelas. Atau dalam majlis asyura ia biasanya digunakan untuk menadah atau mengisi asyura atau suro.

Bahagian tempurung jantan biasa digunakan sebagai cebok atau batok yang biasa digunakan untuk mencedok air dari tempayang.

Satu lagi kegunaan tempurung kelapa, biasanya dari jenis yang besar, ialah sebagai penyukat beras dan sebagainya. Tempurung itu akan dipotong sehingga paras yang isiannya bersamaan dengan satu kal atau satu cupak.

Dengan kata lain, tempurung kelapa yang sekarang ini tidak dipedulikan lagi dan dianggap bahan terbuang sebenarnya pada masa dahulu menjadi sesuatu yang berguna kepada masyarakat.

0 Response to "KEGUNAAN TEMPURUNG KELAPA"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel